Monday, February 13, 2012

Mira in the middle

Siapa yang ingat akan series "Malcolm in the middle"? Secara jujur aku tak mengikuti series ni secara berkala..Cuma kadang-kala tertekan remote tv yang langsung menayangkan dan langsung aku tonton sebab dah tak ada cerita lain.

Tajuk pun dah Malcolm in the middle..jadi off course lah merujuk kepada Malcolm ni yang berada di tengah-tengah.
Tengah-tengah apa?
Tengah-tengah bandaraya?
Tengah-tengah hari?
Tengah-tengah kesibukan?
Tengah-tengah..ok cukup.. Malcolm yang merupakan anak tengah. Dia bukan anak sulung, dia bukan anak bongsu jadi dia anak tengah. Anak tengah yang hari-hari menghadapi kerenah si ayah, ibu, abang dan adik-adik. Dia tiada peranan yang agak besar berbanding si abang sulong dan dia tidak berpengaruh seperti si anak bongsu. Dia seolah-olah memiliki peranan yang hanya 20% di dalam keluarga. Sebab? Sebab dia anak tengah. Yang sentiasa bersederhana.




Apa isunya si Malcolm sebagai anak tengah? Ya, dia bukan isunya, tapi dia sebagai metafora atas kes aku ni. Entah kenapa, hati terdetik tiba-tiba. Dulu sewaktu kecil aku selalu berkecil hati dengan emak. Emak selalu melebihkan Angah. Angah yang tak sepandai Along, angah yang tak bernasib baik seperti aku dan angah yang selalu mengalah pada adik bongsuku. Ok, aku terima. Tapi angah selalu juga memerintahku walau tak sehebat Along.
"Mereka kakak." Emak memberi nasihat putus (nasihat + kata putus!)
Ok, aku terima.
Tapi, aku juga perlu beralah pada adik bongsu.
"Dia adik. Kau kan kakak, mengalahlah sikit'" Nasihat putus dari emak lagi.
Ok, aku terima.
Tapi, semakin aku dewasa aku semakin redha. Bukan aku seorang saja yang alami perasaan begini. Semua anak tengah merasa perkara yang sama. Nah, sekarang si Along dan Angahlah yang banyak membantu dan memberi nasihat.
Tak pula mereka berkata..
"Aku kakak, kau kena ikut cakap aku."
"Aku kakak, kau tu adik, jadi cakap aku yang betul."
Si adik? Owh, aku yang kerap memerintah adik sekarang..Hehehe.. Si adik tak membantah selagi aku tak melampau. Hehehe lagi.. jangan diikut cara aku ini. Kadang-kadang aku bertindak di luar kawalan. Tak sedar, aku jadi malas bergerak bila kebanyakannya mengharapkan si adik. jadi aku cuba balance kan tanggungjawab kami dua beradik (Kami dua beradik je yang masih bujang. Along dan Angah dah beranak satu!)
Kalau aku memasak, si adiklah yang mengemas. Cuci pinggan. Aku secara sukarela menawarkan diri. Aku memang suka mencuci pinggan. (Owh ayat terbaik untuk mencari calon suami..Hehehe lagi). Seronok bermain sabun dan air barangkali.

Kesimpulannya, air dicincang takkan putus. Adik-beradik bergaduh sewaktu kecil tu perkara biasa. Kawanku siap bergaduh membaling-baling batu lagi.. Ish, nasib baik kami 4 beradik semua perempuan. Tak terfikir nak bergaduh ekstrem begini..





No comments:

Post a Comment