Thursday, September 22, 2011

Seriously, saya sudah tua untuk dingurat.Pengsan!!

Suatu pagi yang hampir menjejak ke tengah hari, saya berjalan berseorangan menuju ke kedai. Cuaca redup. Saya suka! Saya teruskan perjalanan dengan langkah sepantas yang boleh. Buk! Sebagai seorang yang masih diberi nikmat mendengar, sepantas kilat kepala saya menoleh.

“Eh hai..!” Kelihatan dua orang budak muda (pastinya lelaki) melaung dari bawah pokok di hujung taman.

Saya teruskan perjalanan tanpa menjawab. Takkan saya nak melaung ‘haiiii’ juga. Tak manis dipandang bakal mentua nanti..(Pengsan)... Seriously, itulah cara saya apabila diusik sejak zaman persekolahan lagi.

“Hai nak pergi mana?..Haiii..Hai..”

“Peeeweeet!” inilah yang dilaung-laungkan. Apa yang saya perlu buat? Buat bodo saja lah...

“Sombong sioooot!!balablabla.......” Entah apa lagi yang dicarutnya saya sudah tidak dengar dan tidak mahu dengar.

Seriously, saya ingin men’tarbiah’ adik-adik yang melepak di bawah pokok itu. Dik, lebih baik kau balik rumah tolong mak apa yang patut. Eh ini cara lama.. Jadi bagaimana hendak mentarbiah mereka? Entah sudah lepas SPM ke belum adik-adik yang mengurat saya tadi (Pengsan kerana perasan!)

Anak-anak yang masih di sekolah rendah memerlukan didikan melalui pendekatan kognitif (maaf jika saya silap). Pada tahap umur begini mereka mudah dibentuk dan mendengar nasihat. Pada tahap umur belasan tahun seperti adik-adik yang mengurat saya tadi (pengsan lagi!), mereka lebih memerlukan pendekatan emosi. Ibu bapa dan orang dewasa (ya, saya gagal memain peranan sebagai orang dewasa tadi dan saya menyesal!) perlu bijak mendekati mereka melalui psikologi kerana mereka sudah boleh berfikir akan pro dan kontra . Cuma mereka sering dikaburi dengan emosi. Jadi tidak hairanlah pada umur begini mereka lebih cenderung untuk menarik perhatian. Ada pendapat mengatakan pada umur begini mereka berada di era pertengahan. Mereka sering berasa keliru antara era kanak-kanak dan dewasa. Inilah peralihan normal yang pasti berlaku dalam setiap individu. InsyaAllah saya akan cuba pastikan bakal anak-anak saya nanti (InsyaAllah) sentiasa mendapat bimbingan dan sokongan dari ibubapanya..Aminnn..

Sekian tarbiah untuk hari ini.


Gambar tiada kena-mengena (credit to Google)

Sunday, September 18, 2011

Menjeruk rasa

Kala ini
Saat ini
Waktu ini
Malam ini
Aku seakan hilang kekuatan

Aku terjeruk perasaan saat mereka bertanya,
Lalu dia menjawab
Dan aku terpana
Dan aku menjeruk rasa..

Kini kurasakan,
Kananku terbatas,
Kiriku tak bebas,
Hadapanku kabur,
Belakangku semakin luntur.

Kekuatan,
Limpahan sayang,
Suntikan takdir kemenangan,
itulah yang kuharapkan dari Tuhan..

Semoga sinar baharu akan kutemui nanti.. Amin

Friday, September 9, 2011

Bahagian 1

Senah (bukan nama sebenar) termenung di korridor sambil tersenyum-senyum. Pertukaran kelas untuk semester baru amat menggembirakannya. Rakan-rakan baru sememangnya 'cool' habis. Tidak seperti rakan sekelas yang lama yang agak 'kerek' bak kata orang-orang muda.
Jantung di dada Senah seakan mahu gugur apabila behunya ditepuk oleh Olive si bini popeye (bukan nama sebenar).
Olive: Kau dilamun cintakah?
Senah: Mana ada.. aku gembira menunggu kau.
Olive: Ok..jom bergembira bersama ke kelas.. Kita kongsikan kegembiraan dengan Maria (bukan nama sebenar).

Dalam perjalanan ke kelas, Senah terfikirkan sesuatu.
Senah: Olive lepas kuliah nanti kita terus ke makmal ya..
Olive: Memanglah..sudah tercatat di jadual ada makmal lepas kuliah kan? kalau tak ke makmal ke mana pula? Takkan aku nak ke kafe pula.
Senah menyengih..Di dalam otaknya sudah merancang untuk bertembung dengan Hadif (bukan nama sebenar). Dapat berkata 'hai' pun jadilah.. Sudah tertulis tidak ber'jodoh kuliah' di semester baru, jadi peluang yang ada harus diguna sebaik mungkin.

****bahagian 1 tamat. bersambung esok

Thursday, September 8, 2011

Bila Sepupu Bertemu

Bila sepupu sebaya bertemu..Inilah jadinya..
Seharian bermain..
Seharian melompat-lompat
Seharian berpeluk-peluk
Sekali-sekala bercium-cium..Awww


Kiut bukan... Si jejaka macho merenung si gadis comel.Awww

Peace di Hari Raya

Tuesday, September 6, 2011

Mendung


Awan mendung dalam hati...
Puas ku pujuk angin agar membawa awan mendung lari..
Tetapi oleh kerana terlampau berat, awan mendung tetap bermukim di dalam hati..
Bila mau hujan?
Entah... Macam belum terasa hendak hujan pula..
Aih.. suram