Wednesday, June 29, 2011

Buburku hangit!!!

oh.. kerana fb, bubur yang kumasak hangit..
oh.. baunya memenuhi segenap ruang rumah..
adoi..nasib baik si kecil xjadi balik awal..
kalau tidak tentu ditolaknya mentah2 bubur hangit ini..

kasihan kau bubur.. tak mengapa, akan ku hadap juga sewaktu beruka nanti (walaupun pastinya muka berkerut2 sewaktu menelan nanti)

Ini semua kerana 'entertain customer' hahha rezeki masuk, tp rezeki lain 'kureng' menjadi..
tak mengapa.. akan kutelan juga nanti
dan pastinya.. bubur baru perlu disediakan juga..huhu

Friday, June 24, 2011

Mimpi..

Malam kelmarin saya bermimpi dipatuk ular.
Sungguh, ular itu kelihatan pelik sedikit pada mukanya atau lebih tepat lagi pada kepalanya..
Matanya kelihatan sedikit jinak.. tetapi ia tetap mematuk saya.
Terus saya terkejut dan terjaga.. Tetapi terus terlentok semula dengan mudahnya ^_^
Mimpi semata..

Corak pada badannya seperti ular sawa..
Tetapi warna coraknya putih dan biru..
Mimpi semata...

Kata orang tua2, 'hendak dipinang orang agaknya'. Senyum.
Mimpi semata...
Kata orang alim2, 'mimpi binatang buas/berbahaya adalah satu mimpi yang tidak baik'. hati gusar tiba-tiba.
Mimpi semata...

Kata hati???
Mimpi je tu..