Tuesday, February 22, 2011

Pemeriksaan Kesihatan

6 Bulan yang lalu, sewaktu membuka Booth di bangunan kerajaan:

"Awak punya badan ada sikit gumuk la adik.. Marila buat pemeriksaan kesihatan"

Terkuncup hati saya mendengar ayat si uncle pemeriksa kesihatan ni. Pandai dia menyusun ayat agar saya tak akan sekali-kali pergi membuat pemeriksaan kesihatan dengannya. Punca? Ya.. hati saya terkecil sedikit mendengar kata-katanya. Gemukkah saya?
Apa yang tidak boleh diterima akal adalah; pekerja beliau bukanlah kurus-kurus belaka.. malah tidak keterlaluan jika saya katakan hampir 2 kali ganda daripada saya.. Sekurang-kurangnya saya tidak mengalami masalah berjalan dan keletihan.


Selepas 6 bulan, sewaktu membuka Booth di bangunan kerajaan:

Wah.. uncle sudah ada 3 pekerja baru yang kurus-kurus belaka..
malah salah seorang daripadanya Gadis Melayu (baru habis SPM). Pandai adik ini menarik perhatian pengunjung.. Kalau 6 bulan lepas hanya golongan Cina sahaja yang tertarik, kini melayu tak kurang hebatnya. Malah mat-mat motor yg kurus itu pun membuat pemeriksaan juga...

Bagus marketing uncle ni... Beliau pun dah jarang ada di booth.
Saya? Kurus sikit kot berbanding dulu ^_^
Tapi 3 hari lepas terasa badan bagai dipam-pam.. Jadi kesimpulannya entri kali i ni; saya mula menjalani hidup sihat dengan berjogging

Sekian ^_^