Hari Rabu yang lepas aku menerima berita yang agak mengejutkan. Seorang rakan sekolah, rakan sebaya dan berstatus bujang telah meninggal dunia akibat kemalangan. Sebenarnya dia sudah disahkan meninggal dunia ahad petang sebelum itu, tapi disebabkan aku tidak ber'facebook' maka aku ketinggalan beberapa hari. Ya, aku ketahui berita ini melalui facebook. Memang canggih zaman sekarang walau sms pun tidak kuterima tentang pengkhabaran ini.
Sedih?Agak sedih mengenangkan beliau seorang yang baik dan tidak sombong. Tidak seperti sesetengah rakan yang lain yang agak 'kerek' kerana berwajah 'komersial'. Walaupun aku dan dia tidak rapat tapi dia tetap kenal aku dan tidak sombong. Aku ulangi, tidak sombong. Agak terkilan kerana tidak dapat melawatnya di hospital.
Buat beliau, aku hanya mampu mendoakan...semoga dipermudahkan urusan dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aku yang masih bernafas ini harus bersyukur dan bermuhasabah diri mengira bekalan amalan sendiri selama ini.