Beberapa hari lalu saya bersembang maya dengan seorang rakan di YM. Oh, mengapa tidak di facebook? Jawapan saya: Ruangan chat di facebook kecil sangatlah..Tak puas tengok.
Rakan: Aku sudah putus dengan boyfriend
Saya: Oh ya?
Setelah beberapa kali mengikuti perkembangan cintanya, sedikit sebanyak perjalanan cinta mereka. Buah hatinya ops..Bekas buah hatinya menyambung pelajaran di salah sebuah universiti di Sabah. Itu pun atas usaha rakan saya ini. Boleh dikatakan rakan saya yang banyak merancang masa depan mereka..Dengan kelulusan degree, diharap ibubapa pihak perempuan dapat menerima bakal menantu sekaligus dapat membina kehidupan yang lebih baik kelak.
Dipendekkan cerita, barangkali pihak lelaki merasa dirinya dikawal. Mungkin tercabar keegoan seorang lelaki apabila bakal isterinya yang memegang tampuk pemerintahan keluarga kelak.
Agak lama si lelaki menyepi dan akhirnya kata-kata perpisahan yang dihantar melalui sms. Memang pedih apabila putus cinta. Pihak perempuan sememangnya amat terasa, almaklumlah kaum yang sensitif..hehe (bukan saya menidakkan kesensitifan lelaki dalam hal percintaan, tapi lelaki lebih rasional berbanding perempuan).
Terdengar keluhan dari mulut si rakan.
'Aku abaikan kasih sayang yang telah orang beri pada aku. Kini tiada kasih untuk aku. Aku terlalu tegas dan mendesak barangkali.'
Ayat-ayat ini menyentak hati saya..teringat kisah-kisah lama. Akan tiadakah kasih untuk saya? Oh ngeri bila membayangkannya.

No comments:
Post a Comment