Friday, September 9, 2011

Bahagian 1

Senah (bukan nama sebenar) termenung di korridor sambil tersenyum-senyum. Pertukaran kelas untuk semester baru amat menggembirakannya. Rakan-rakan baru sememangnya 'cool' habis. Tidak seperti rakan sekelas yang lama yang agak 'kerek' bak kata orang-orang muda.
Jantung di dada Senah seakan mahu gugur apabila behunya ditepuk oleh Olive si bini popeye (bukan nama sebenar).
Olive: Kau dilamun cintakah?
Senah: Mana ada.. aku gembira menunggu kau.
Olive: Ok..jom bergembira bersama ke kelas.. Kita kongsikan kegembiraan dengan Maria (bukan nama sebenar).

Dalam perjalanan ke kelas, Senah terfikirkan sesuatu.
Senah: Olive lepas kuliah nanti kita terus ke makmal ya..
Olive: Memanglah..sudah tercatat di jadual ada makmal lepas kuliah kan? kalau tak ke makmal ke mana pula? Takkan aku nak ke kafe pula.
Senah menyengih..Di dalam otaknya sudah merancang untuk bertembung dengan Hadif (bukan nama sebenar). Dapat berkata 'hai' pun jadilah.. Sudah tertulis tidak ber'jodoh kuliah' di semester baru, jadi peluang yang ada harus diguna sebaik mungkin.

****bahagian 1 tamat. bersambung esok

0 comments:

Post a Comment