Saturday, September 5, 2009

Mengecewakan...

Semalan aku bersama seorang rakan menghadiri majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh sebuah stesen radio tempatan. Jemputan ini pun hasil slogan kreatif seorang kenalan (merangkap bos...Terima kasih atas undangan (O.o)) yang menyertai peraduan berbuka puasa antara stesen radio terbabit bersama syarikat jualan perabot yang agak terkenal.
Setibanya kami di sana, aku terkejut 'gila' bila mendapati majlis jamuan diadakan di 'parking basement' pusat jualan. Agak kecewa juga bila melihat tempat itu. Parking dah menjadi satu masalah, ditambah keadaan sekitar yang agak kecil dan sesak. "Takpe...makan free"..aku menyedapkan hati.
Setelah masuk ke dalam, suasana sejuk penghawa dingin dan kipas menyejukkan hati kami. Tapi yang aku ralat sangat2....apabila waktu mengambil makanan. Semua orang berpusu-pusu menyerbu mengambil makanan. Kami yang duduk berdekatan meja buffet sampai agak awal tapi berjaya juga dipintas oleh orang lain atau dalam erti kata lain agak tergopoh-gapah masing-masing berebut nak mengambil makanan. Tiada barisan, tak bertolak ansur….masing-masing seakan takut makanan akan habis. Kami yang beratur dari tadi tak bergerak-gerak….Agak tak keterlaluan untuk aku katakana mereka tiada ksedaran sivik! Malu bila melihat rakyat Malaysia yang berperangai sebegini. Mungkin begini juga situasi yang berlaku apabila menghadiri majlis rumah terbuka raya yang dianjurkan oleh kerajaan setiap tahun….
Dari pihak pengurusan memang tiada masalah, mereka memang sporting dan berjaya menghiburkan tetamucuma yang aku kesalkan sikap rakyat Malaysia yang berebut-rebut mengambil makanan. Hilang perwatakan sebagai golongan professional apabila tiba di majlis ini…