
Bila membaca tajuk post aku nih pasti ramai yang akan menjawab 'sudah pastilah belum cukup....'
Semalam sewaktu aku menunggu lrt aliran Ampang di Masjid Jamek (dahulunya STAR) aku ternampak 3 orang yang terdiri daripada masyarakat istimewa (OKU)..barangkali mereka adalah atlet paralimpik yang misi utamanya adalah sama dengan atlet sempurna yang lain iaitu mengharumkan nama negara...
Seorang berkerusi roda, seorang memakai kaki palsu manakala seorang lagi aku tak pasti apa keistimewaannya..mereka turun di lrt Masjid Jamek dari arah Ampang atau Sri Petaling, manakala aku di arah bertentangan. Apa yang menyedihkan mereka tercari-cari lif untuk turun ke bawah..
Hurm...jika Aliran Kelana Jaya (dahulunya Putra) pasti mereka tidak mengalami masalah...Akhirnya mereka turun juga menaiki escalator. Tapi aku tak nampak bagaimana caranya mereka turun..
lif memang amat penting untuk warga OKU..tapi ini bukankah seperti disalahgunakan?Mungkin ini sebabnya kita susah hendak melihat masyarakat OKU di rata-rata tempat kerana kemudahan di Malaysia belum cukup lengkap..
Ketika aku menjadi sukarelawan Sukan Paralimpik dulu, atlet2 istimewa ni memang cukup excited kalau kami nak bawa mereka keluar..tapi terpaksa pilih tempat yang cukup kemudahannya...
Jika dapat melihat kumpulan OKU berkerusi roda beramai-ramai pastinya di KL Sentral..yang kebanyakannya adalah atlet.
