Friday, July 31, 2009

Jom bersedekah Bulan Ramadhan



Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersifat lebih pemurah dan dermawan sewaktu Ramadan. Dalam hal ini, Baginda bersabda yang bermaksud:
“Sedekah yang paling afdhal (baik) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Oleh yang demikian, bersama-sama kita manfaatkan bulan Ramadhan ini dengan program Fast 2 Feed 1430/2009!

Fast 2 Feed Episod 1
Tarikh: 29 Ogos 2009/ 8 Ramadhan 1430
Lokasi: Dewan Al-Malik Faisal, Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya
Kapasiti: 200 dari ASDAF dan dari Rumah Anak Yatim Pelarian Rohingya

Fast 2 Feed Episod 2

Tarikh: 5 Sept 2009/ 14 Ramadhan 1430
Lokasi: Asrama Darul Falah (ASDAF), Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur
Kapasiti: 100 (ASDAF)

Pakej Fast 2 Feed

Pakej A
atau anda boleh taja anak yatim/miskin untuk berbuka puasa!
RM30 untuk setiap anak yatim/miskin (makan dan moreh 1 org + duit raya)

Pakej B
Berbuka puasa bersama dan taja seorang anak yatim/miskin!
RM50 seorang termasuk sponsor seorang anak yatim/miskin (makan dan moreh 2 org + duit raya)

anda juga boleh datang membawa sumbangan barang2 keperluan asas seperti beras, minyak masak!

Tentatif
6.30pm - ketibaan penaja-penaja
7.15pm - buka puasa (kurma) dan solat Magrib
7.30pm - menikmati juadah berbuka
8.30pm - Solat Isyak dan Tarawih
9.45pm - Morreh dan Pemberian Duit Raya
10.15pm - Pulang

Cara Menyertai

1. Datang sendiri ke pejabat Muslim Aid

2. Melalui kiriman wang pos, money order / cek atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

3. Deposit langsung

CIMB - 1422-0000070-10-8 (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia)
(sila pos atau faks, slip pembayaran ke 03-2288 1966)

4. GIRO Antara Bank

5. Kad Kredit / Online
Visa dan Mastercard

emailkan slip pembayaran beserta nama penuh dan nombor telefon kepada mail@muslimaidasia.com

Pada yang berminat, boleh hubungi pejabat Muslim Aid Asia di 03-22881996 (Azmira atau Muhammad)

Friday, July 17, 2009

Puji Orang Lain Untuk Rasa Lebih Gembira


Ingat hidup ini bukan hanya menerima, bahkan juga memberi! Tahukah anda memuji rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang anda jumpa sebenarnya mampu merangsang rasa gembira di dalam hati anda. Apabila orang yang dipuji tertawa dan mengucapkan terima kasih, anda sebenarnya bukan sahaja telah menggembirakan dia, bahkan juga diri anda sendiri. Apapun, sebelum melakukannya, kata kunci untuk semua ini hanya satu, iaitu IKHLAS.

So, marilah sama-sama menggembirakan hati orang lain untuk membahagiakan hati kita...:)

sumber dari: http://www.karangkraf.com.my/E-Majalah/rapi
(Rapi 15 Julai 2009)