Catatan Perjalan Ke Kampung Harong.....
Jumaat..22 Mei 2009Jam 8.10 malam aku tiba di stesen lrt Bangsar. Volunteers lain pun dah sampai (amri, ezri, marmar dan Pakcik azhar)hanya tinggal menunggu Faiz dan Bob yang masih di dalam tren lagi..Setibanya Faiz dan Bob, kami terus menuju ke ASDAF..
Sedikit taklimat diberikan selepas mengangkat barang-barang ke dalam van..Kami akan berkonvoi ke Raub..Sebuah Feroza, Waja, Myvi dan Van..Aku, marmar dan Pakcik Azhar menaiki kereta waja, manakala amri, ezri,bob dan faiz menaiki kereta myvi, En Mohd Noh memandu Feroza, beberapa pejar UM menaiki van bersama-sama Ust. Kahar dan Ust. Latif. Kereta waja beraada di belakang sekali. Belum pun keluar dari ASDAF, kereta myvi dan waja dah terpisah dengan kereta yang lain..Kemudian waja dan Myvi pula terpisah..em..perjalanan baru bermula tapi..dah terpisah dah...kami mengutuskan berjumpa di stesen tol Karak..Myvilah yang tiba paling lewat..sebab...em..diorang siap beli McD drive thru tuh...
Kami berhenti makan di Pekan Raub..Aku menikmati bihun goreng dan Teh o ais limau..aku taklah lapar, tapi rasa nak makan pulak..hehe..Selesai makan kami sambung perjalanan..sepanjang jalan kami dikelilingi ladang kelapa sawit yang amat dikagumi ezri..'cantik pemandangan kat sini'(menurut ezri)..em..bagus la..menghargai alam..
Jam 2.40 pagi kami sampai di Masjid Muhajirin. Ahli perempuan tidur di dalam surau, ahli lelaki pulak tidur di rumah rehat (bersebelahan surau jer..).
Sabtu...23 Mei 2009Pukul 5.30 pagi kami terjaga dari tidur dan terpanggil untuk solat subuh di surau....
Lebih kurang pukul 7.30 pagi kami sarapan beramai-ramai di gerai di hadapan surau Al Mujahirin..aku makan nasi lemak dan karipap seketul..(em..tak nak makan banyak2..nanti sakit perut kat kampung susah)..
Dalam pukul 9.45 baru kami bertolak ke jeti Kuala Medang..tapi..tak dapat naik ke bot terus sebab terpaksa menunggu minyak bot sampai..so tunggu lar sekejap..
Pemandangan di Jeti Kuala MedangTepat jam 10.00 kami menaiki bot masing-masing..aku, mama, pak cik azhar dan amri naik bot yang pertama..mula2 naik semua pegang tepi bot..konon-konon takut dilambung arus hehe..lama2 siap pusing belakang borak2 lagi...
Jarum jam dan jarum minit melekat dekat nombor 12 barulah kami sampai di Kampung Harong..Kedatangan kami disambut dengan beberapa orang kampung. Selepas sahaja mengangkut barang kami memasak beramai-ramai..menu tengah hari tuh..nasi bersama ayam masak kicap.
Mama sedang menyediakan bancuhan air asam
Ezri ber'sauna'
Anak orang asli ni sedang makan
Sewaktu memasakPukul 3.30 petang acara sukaneka pun bermula..10 game disediakan untuk orang-orang asli nih..Sebahagian daripada volunteers ditugaskan untuk memasak..sebahagian lagi membantu En Mohd Noh mengacarakan sukaneka.
SukanekaKemudian acara mandi-manda di sungai..
Mandi mandaMalam selepas solat maghrib, kami menjamu selera nasi berlaukkan sup daging kemudian solat isya' berjamaah.
Salah seorang pelajar UM yang turut serta sedang mengajar anak-anak orang asli mengajiUsai berdoa, satu sesi perbincangan bersama Tok Batin bersama beberapa orang kampung diadakan di surau..Jam 10.30 malam aku dah tak dapat menahan mata..mengantuk tak terkira...zzzzz
Sesi perbincangan bersama Tok BatinAhad...24 Mei 2009Pagi-pagi selepas solat subuh kami masak bihun beramai-ramai.
Mama dan ayahnya sedang menyiapkan bahan untuk memasak bihunSelepas bersarapan, sesi penyampaian hadiah sukaneka dan pemberian vitamin C kepada orang-orang asli..Anak-anak orang asli ni memang memerlukan suplimen seperti ini..
Kemudian satu sukaneka khas dijalankan di sungai.Kanak-kanak dan orang dewasa dikehendaki merentasi tali air merentasi sungai..siapa yang berjaya sampai ke seberang dikira berjaya..kemudian acara menagkap itik pula..
Acara menagkap itik
Acara merentasi sungaiJam 11.00 pagi kami bertolak balik ke Jeti Kuala Medang..Berakhirlah aktiviti melawat kampung orang asli kali ini.....
More pictures