Wednesday, April 29, 2009

Status Pengecualian Cukai

Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia kini telahpun mendapat kelulusan pelepasan cukai (subseksyen 44(6) ) dari Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan berkuatkuasa 15 Januari 2009. Kini kesemua dermawan yang menyumbang melalui Muslim Aid adalah layak diberi potongon cukai dalam mengira jumlah pendapatan kepada penderma.

Dengan kelulusan ini juga, Muslim Aid berjanji akan mempergiatkan lagi aktiviti-aktiviti kemanusiaan kami dalam membantu rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.

Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia juga sebagaimana rangkaian Muslim Aid yang lain di seluruh dunia tidak akan sekali-kali melibatkan diri dalam sebarang kegiatan politik atau keganasan dan kami tertakluk kepada ‘ACFID Code Of Conduct’ yakni badan yang menyelaraskan segala aktiviti kami dalam mempastikan setiap bantuan dilaksanakan secara telus dan beretika.



Kami menyediakan 5 cara mudah untuk menyumbang iaitu : -

1) DATANG SENDIRI
8-1-2 Menara Mutiara Bangsar
Jalan Liku, 59100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2288 1996 Fax : 03-2288 1966

2) MELALUI POS
Wang Pos, Money Order atau Cek ke atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid
Malaysia
Muslim Aid Asia Sdn Bhd
8-1-2 Menara Mutiara Bangsar
Jalan Liku, 59100 Kuala Lumpur

3) DEPOSIT LANGSUNG
1) EON Bank, KL Main – Muslim Aid Asia Sdn Bhd
Nombor Akaun : 0518-11-000311-5

2) CIMB Bank –Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Nombor Akaun : 1422-0000070-10-8
(sila pos atau faks borang wang masuk (03-2288 1966) kepada Muslim Aid Asia)

4) GIRO ANTARA BANK
Affin Bank, Alliance Bank Bank Muamalat, Bank Islam, Citibank, EON Bank, CIMB Bank, Hong Lerong Bank, Maybank, Public bank, OCBC, RHB Bank, HSBC Bank , BSN, Bank Rakyat dan mana-mana bank yang mempunyai khidmat Giro.

5) KAD KREDIT
Amex, MasterCard dan Visa

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia di talian 03-2288 1996.

Monday, April 27, 2009

Women's Rights 6 pm to 6 am

My sister forwarded this email to me. Maybe you should read and share with all of your friends about this...

Women's Rights 6 pm to 6 am (important for your knowledge)

Dear all,

IMPORTANT
Women's Rights 6 p.m. to 6 a.m.
I was talking with a lawyer friend of mine.
We were discussing the law and women's rights.
She told me about this incident:

A young girl was raped by a man posing as a plain clothes officer; he
asked her to come to the police station when she and her male friend
didn't have a driver's license to show. He sent the boy off to get his
license and asked the girl to accompany him to the police station.
Took her instead to an isolated area where the horrendous crime was
committed.
In fact, the law clearly states that between 6 pm and 6 am, a woman has
the right to REFUSE to go to the Police Station, even if an arrest
warrant has been issued against her...
It is a procedural issue that a woman can be arrested between 6 pm and 6
am, ONLY if she is arrested by a woman officer and taken to an ALL WOMEN
police station.
And if she is arrested by a male officer, it has to be proven that a woman
officer was on duty at the time of arrest.
It is good for us to know our rights. To what extent it comes of use
remains to be seen in any situation. But as they say, knowledge is power.
Just thought I'd share this with you. I did not know this and am sure lot
of us will not know this- please be informed..... And pass on this info
to whom all you know.......

Friday, April 24, 2009

Program Sahabat Amal

Muslim Aid akan menjalankan 1 lagi aktiviti amal yang diberi nama Sahabat Amal.'Sahabat Amal' bertujuan mengumpul dana bagi membantu golongan-golongan yang memerlukan di Malaysia. Segala sumbangan yang disampaikan melalui projek 'Sahabat Amal' ini akan disalurkan kepada anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, golongan orang kurang upaya (OKU), warga tua dan orang-orang miskin.

'Sahabat' melalui projek ini bermaksud menjalin persahabatan antara Muslim Aid dengan syarikat-syarikat kecil terpilih. Jalinan persahabatan ini adalah berterusan di mana hubungan yang terjalin diharapkan dapat memberi faedah kepada kedua-dua belah pihak. Manakala 'Amal' di sini bermaksud aktiviti-aktiviti kebajikan yang dilaksanakan hasil daripada persahabatan yang terjalin antara kedua-dua belah pihak.

Persahabatan ini akan membantu Muslim Aid dalam mengumpulkan dana bagi membantu golongan yang memerlukan atau dalam erti kata lain melakukan kerja-kerja kebajikan. Dana ini diperoleh daripada syarikat terpilih adalah secara bulanan ataupun tahunan bergantung kepada permintaan syarikat itu sendiri kemudian disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Pihak syarikat terpilih pula akan mendapat bantuan dari segi promosi syarikat di laman web dan blog kami, sumbangan plaque (bergantung kepada pakej yang dipilih oleh pihak syarikat) selain mendapat pengecualian cukai pendapatan hasil daripada sumbangan yang disampaikan.

KONSEP

Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan di dalam program Sahabat Amal ini. Antaranya:

1. Pakej Bulanan
- Sumbangan wang tunai setiap bulan (seikhlasnya dari pihak syarikat)
- Menerima plaque sebagai tanda penghargaan dari Muslim Aid. (Bagi sumbangan bernilai RM100 dan ke atas setiap bulan. Plaque yang ditawarkan adalah plaque emas, perak dan gangsa, bergantung kepada pakej yang diambil )
- Menerima resit daripada Muslim Aid dan menerima pengecualian cukai hasil daripada sumbangan yang diberikan

2. Pakej Tahunan
- Sumbangan wang tunai setiap tahun (seikhlasnya dari pihak syarikat)
- Menerima plaque sebagai tanda penghargaan dari Muslim Aid. (Bagi sumbangan bernilai RM1,200 dan ke atas setiap tahun. Plaque yang ditawarkan adalah plaque emas, perak dan gangsa, bergantung kepada pakej yang diambil).
- Menerima resit daripada Muslim Aid dan menerima pengecualian cukai hasil daripada sumbangan yang diberikan

PERANAN MUSLIM AID

Muslim Aid
akan membantu mempromosikan syarikat yang menyertai program ini dengan menyediakan satu ruangan khas untuk ahli Sahabat Amal di laman web dan blog Muslim Aid. Ruangan khas ini bertujuan untuk memperkenalkan dan membantu ahli Sahabat Amal melariskan produk atau aktiviti perniagaan mereka di internet sebagai tanda penghargaan kepada ahli yang bermurah hati untuk menyertai program ini.

Aktiviti promosi adalah merangkumi info pengenalan perniagaan, muat naik gambar syarikat dan produk atau aktiviti jualan serta lokasi syarikat di laman web dan blog Muslim Aid. Segala aktiviti seperti aktiviti penyampaian sumbangan setiap bulan juga akan dimuatkan di dalam artikel di ruangan Sahabat Amal ini.

PIHAK YANG AKAN MENDAPAT FAEDAH
Pihak-pihak yang akan mendapat faedah hasil sumbangan dari program Sahabat Amal ini adalah:
1.Anak-anak yatim.
2.Orang kurang upaya (OKU).
3.Golongan miskin.
4.Warga tua.
5.Bantuan kemanusiaan samada tempatan mahupun luar negara.


Warga OKU adalah antara penerima sumbangan daripada Program Sahabat Amal ini


Anak-anak yatim turut menerima faedah melalui program ini

Sasaran penyertaan adalah syarikat-syarikat kecil dan sederhana yang ingin menjadi sahabat amal bersama Muslim Aid seperti restoren, kedai dobi, kedai cermin mata dan sebagainya.

Sekiranya berminat, bolehlah menghubungi kami, Cik Azmira/En Muhammad:

Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (YKMAM)
8-1-2, Menara Mutiara Bangsar, Jalan Liku,
59100 Kuala Lumpur
Tel :03-2288 1996
Faks :03-2288 1996
Emel :mail@muslimaidasia.com
Website :www.muslimaidasia.com