Sememangnya kelahiran seorang anak memang dinantikan dalam sesebuah keluarga. Menurut sunnah Rasulullah SAW, melaksanakan Aqiqah dan memberikan dagingnya sebagai sedekah, apatah lagi ianya dinikmati oleh saudara seagama yang kurang berkemampuan atau fakir miskin dan kebuluran, akan dapat menambahkan keberkatan dan mempereratkan lagi tali persaudaraan serta kasih sayang sesama Muslim.
Aqiqah adalah Sunnah Mu'akkadah iaitu sunnah yang sangat dituntut.
Antara hikmah Aqiqah ialah:
1. Melahirkan rasa syukur kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.
2. Membiasakan masyarakat Muslim dengan pemakanan 'halaalan thoiyibba' sejak
bayi lagi untuk membentuk kemantapan aqidah.
3. Mengeratkan silaturrahim sesama Muslim di seluruh dunia.
Memandangkan kesibukan kita bekerja dan keadaan masa yang terbatas, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (YKMAM) mengambil inisiatif memperkenalkan program Aqiqah ini kepada masyarakat Muslim Malaysia bagi memudahkan perlaksanaan ibadah ini.

Program Aqiqah di Rumah Zakat Indonesia
AMAT MURAH
Dengan hanya RM350.00 untuk seekor kambing, YKMAm akan melakukan penyembelihan di tempat-tempat terpilih, dimasak dan diagihkan kepada penduduk miskin setempat (yang betul-betul memerlukannya).
AMANAH
YKMAM akan mengeluarkan sijil yang tertulis nama anak berserta gambar penyembelihan aqiqah dilaksanakan. Sijil ini akan dipos ke alamat rumah.

Contoh gambar yang diambil untuk disertakan di dalam sijil

Contoh sijil yang akan dikeluarkan
Pada yang berminat, boleh sertakan
Nama penuh:
Nama anak utk diaqiqah:
Utk lelaki atau perempuan:
Alamat rumah:
No contact:
Dari mana anda peroleh info aqiqah ini:
Cara pembayaran:
dan emailkan kepada mail@muslimaidasia.com
atau boleh mendapatkan brochure di sini
Download brochure aqiqah




