Tuesday, June 23, 2009

Trip Kedua Ziarah ke Perkampungan Orang Asli

Trip kali ni membawa aku ke daerah yang sama iaitu di Raub, Pahang. Pelajar-pelajar praktikal Muslim Aid dan seorang sukarelawan, Azhar turut serta bersama-sama melaksanakan misi kali ini. Apa yang pasti, misi kali ini lebih bererti dan lebih terisi untuk segala slot sepanjang berada di sana. Dengan kehadiran Pak Anjang dari PERKIM, En Wan dan Kak Shikin dari Yayasan Salam, serta beberapa orang daripada ABIM membuatkan misi kali ini lebih jelas dan seronok.
Seperti biasa Muslim Aid menaja supplimen pil Vitamin C untuk diberikan kepada Anak-Anak Orang Asli di sana selain 'guddies' untuk diedarkan kepada masyarakat kampung. Seronok menyertai program ni, selain merapatkan hubungan sesama Islam, program ini dapat memberi pendekatan psikologi kepada masyarakat kampung di sana berkenaan cara hidup Islam yang mudah dan tidak membebankan.
InsyaAllah program ini akan disiarkan di RTM1 pada hari rabu 1 Julai 2009, jam 5.00 petang..Sama-sama kita saksikan....

bot
keindahan alam
anomaly...
natural...
orang-orang kampung
rumah yg sejuk dan nyaman..
makan
comel..
ziarah
beri goodies
pak anjang dan tok batin
peace..


pemberian vitamin C
ustaz mengajar anak-anak baca Al fatihah
cucu tok batin
melawat kampung bersama Tok Batin

1 comment: