Munny dan Lathef di Hari Bahagia....
Sabtu, 6/6/2009
Jam 1.00 pagi aku , E, Amri dan Adzam bertolak dari rumahku di Ampang. Tuntutan kerja pada sebelah siang memaksa kami bergerak pada tengah malam...lagipun sejuk, nyaman, dan tidak sesak..
Jam 2.00 pagi kami berhenti makan di Restoren Jejantas Sungai Buluh.Tiada gerai lain yang beroperasi malam itu melainkan KFC..Bolehlah..lagipun kami belum makan malam lagi.
Jam 3.00 pagi kami meneruskan perjalanan ke utara. E dan Adzam tidur di belakang (tak tahulah tidur ke tidak) bagi menggantikan shift aku dan Amri kemudian.Punyalah asyik berborak kami terlepas RnR Tapah, RnR yang kami hajati untuk singgah..Akhirnya kami singgah di RnR Simpang Pulai. Waktu itu sudah pun merangkak ke jam 6.00 pagi.
Perjalanan diteruskan, Adzam mengambil alih tugas memandu.Aku dan Amri mengambil peranan di belakang iaitu tidur....tapi malangnya mataku ini tak boleh lelap...Sewaktu di lorong laju, sebuah lori panjang dari lorong sebelah ingin menyelinap ke hadapan kami. Nasib baik Adzam sempat membrek dan lori tu pun tak jadi memotong.aku dah tak terkata apa dah....terus mataku ini segar.Ditambah pula dengan hidangan panorama indah jelapang padi di sekeliling kami..Memang cantik, tempat yang ingin kupergi selama ini...
Setelah melepasi tol Alor Setar Selatan kami berhenti rehat seketika di tepi tol..Bukan untuk makan tapi berjalan ke sawah padi, mengabadikan kenangan di situ....memang cantik, takkan kulupa kenangan itu..


Jam 8.30 pagi kami selamat sampai di rumah Munny.Penat tak terkira setelah 1 malam tak melelapkan mata.Walaupun malu dengan emak Munny kami tetap meminta izin untuk tidur..Sekejap pun jadilah...hehehe...jam 9.30 pagi rombongan Ezri, Shikin, Marmar dan Bitah pula tiba...Aku dan E masuk ke hotel (ditaja oleh Munny) untuk menyambung tidur..
Jam 12.30 tengah hari pihak pengantin lelaki telah pun sampai..Waktu itu kami belum pun bersiap..Cepat sungguh majlis persandingan Munny nih...
Tiada acara tepung tawar tetapi cukup seronok bagi kami yang dapat menghadiri majlis kahwin Munny ini...Mengabadikan kenangan di pelamin Munny..hehehe...tumpang ya Munny....
Sebelah malam pula acara memotong kek. Malangnya kameraku kehabisan bateri...Tak sempat kumerakamkan wajahku bersama mereka...:(..Selepas acara memotong kek, aku, Amri, E dan Adzam menonton 'Terminator Salvation' di Alor Setar..Punyalah jauh kami menonton wayang...macam tak boleh tgk di KL saja..huhu...
Ahad, 7/6/2009
Jam 10.30 pagi kami bertolak pulang ke KL.Kali ini Bitah pulang bersama kami memandangkan Ezri dan Shikin pulang ke Kelantan.
Usai menjamu selera di Pekan Rabu, kami menuju ke arah selatan.Pulang ke KL!!!!Kalau diikutkan hati ini memang malas...Tak puas rasanya bercuti di Kedah ini...
Penat berjalan kami berhenti di Tapah. Ramai sungguh umat manusia.Kemudian berhenti lagi di Hentian Sungai Buloh sebelum sampai ke KL.
Jam 7.30 malam baru kami selamat tiba di Ampang...E diserang demam...kasihan..
To Munny dan Lathef: Terima kasih atas undangan dan tajaan..Seronok menghadiri majlis hari bahagia kalian...Entah bila nak ke sana lagi...
No comments:
Post a Comment