bersama Ustaz Hashim
Isnin lepas aku dan student2 praktikal mengikut Abang Mat menghantar bantuan ubatan dan makanan kepada anak-anak pelarian Rohingya ini..Memang mengharukan..Bayangkan kalau kita beada di tempat mereka...Tidak dibenarkan bekerja,belajar di sekolah harian kerana status mereka sebagai pelarian...Jadi, apa pilihan yang mereka ada?
Anak-anak ini merupakan hafiz Al Quran. Setiap bulan mereka boleh menghafaz 1 juzuk...
Inilah keadaan tempat tinggal mereka..Bertempat di deretan rumah kedai di Pasar Borong Selayang yang merupakan 'black area'..Tak mustahillah banyak kes yang melibatkan masalah anak-anak pelarian Rohingya menjadi mangsa liwat yang akhirnya kes ini terbiar suatu masa dulu..
Pada bulan Ramadhan yang bakal tiba ini..Ustaz Hashim (pengetua madrasah) sudah mula membuat persiapan menjelang bulan Ramadhan. Bagi orang ramai yang ingin membantu menaja juadah berbuka untuk anak-anak ini bolehlah turut serta..Dengan hanya RM150.00 kita akan dapat menaja seramai 50 hingga 70 orang berbuka untuk satu hari..Juadah yang dimaksudkan adalah bubur daging atau ayam bersama tiga jenis kuih yang sudah cukup mewah bagi mereka.
Mereka juga sedang berusaha membaikpulih tandas yang digunakan oleh 100 orang pelajar setiap hari.Kos yang diperlukan adalah RM5,000 di mana jumlah terkumpul sekarang adalah RM2,000.
bersama bantuan yang dihantar kepada madrasah hasil sumbangan individu prihatin
Kepada sesiapa yang ingin membantu boleh menghubungi Ustaz Hashim (019-2621 671) atau hubungi Muslim Aid 03-2288 1996 (Azmira). Untuk pengetahuan anda, sumbangan melalui Muslim Aid akan diberi pengecualian cukai (rujukan LHDN: 01/35/42/51/179-6.6487)
maklumat lanjut berkenaan pelarian Rohingya.
Boleh juga membuka blog anak yatim
No comments:
Post a Comment