
TypicalMe
Monday, February 13, 2012
Mira in the middle

Sunday, February 12, 2012
Bab 1
Bab 1
Petang itu cuasa agak panas berbanding hari-hari sebelumnya. Terik matahari seolah-olah tidak memberi keizinan untuk kanak-kanak di Kampung Parit Tengah bermain di luar. Namun, sebagai seorang kanak-kanak yang baru berumur enam tahun, itu bukanlah penghalang kepada Hanisah untuk keluar bermain.
Langkah kaki diatur perlahan agar si ibu tidak menyedari tindakannya. Hanisah pasti Didi sedang menunggunya di bawah pokok ketapang di simpang jalan. Pasti Didi membawa ‘sesuatu’ yang dijanjikannya semalam. Pasti ianya mainan baharu. Pasti ianya seronok. Hanisah tersenyum seorang diri. Terasa teruja untuk berjumpa dengan Didi. Langkah kakinya dipercepatkan. Kreeuk.. Bunyi lantai rumah kayu akibat dipijak orang itu mengejutkan si ibu.
“Aha.. nak ke mana tu?” suara si ibu sudah kedengaran.
Hanisah tidak berani menoleh. Kakinya sudah melangkah pantas menuju ke tangga rumah.
“Aniiiiii!”
Si ibu sudah bertempik sambil bercekak pinggang. Lantas selipar disarung lalu dia terus berlari. Lantaklah apa yang akan jadi nanti. Aku mesti jumpa Didi. Dalam terkocoh-kocoh berlari mulutnya masih mampu tersenyum. Membayangkan sesuatu yang menarik yang bakal ditunjukkan Didi nanti. Di kepalanya sudah terbayang yoyo, brick game, dan game card seperti yang selalu dimainkan oleh kanak-kanak lain . Sudah bosan rasanya bermain police entry, teng-teng, kahwin-kahwin dan baling selipar. Sekali-sekala teringin juga menayang permainan baharu di hadapan geng Fiza. Bukan dia seorang sahaja yang mampu menayang alat mainan baharu. Senyuman Hanisah semakin lebar.
Seperti yang dijangka Didi sudah menunggu Hanisah di bawah pokok ketapang. Hanisah tersenyum-senyum ke arah Didi. Semakin Hanisah menghampiri Didi dia perasan sesuatu yang berlainan pada Didi. Tiada yoyo, brick game mahupun game card di tangan Didi. Tetapi Didi memakai....
“Didi.”
Hanisah memanggil nama Didi sambil mengerutkan dahi. Didi bangun dari tunggul kayu di bawah pokok ketapang itu. Kanak-kanak lelaki itu memusing-musingkan badannya.
“Cantik tak?”
“Apa yang cantik?”
“Skirt ni lah..Aku ambil dari almari Kak Eton.”
“Kenapa kau pakai skirt?”
“Aku nampak kau pakai skirt cantik. Aku pun nak pakai juga.”
“Tapi, kau kan lelaki?”
Didi tersengih-sengih. Ya, Didi adalah seorang budak lelaki. Tetapi bukankah lelaki tidak boleh memakai skirt? Hanisah keliru.
“Kau pakai sebab kau suka?”
Didi angguk. “Cantik kan? Aku suka ia mengembang bila aku berpusing.”
Spontan Didi memusingkan badannya berulang-ulang kali.
“Nanti kau pening.”
“Tak pe.”
Hanisah turut sama berpusing. Rasa kecewa akibat ketiadaan yoyo, brick game atau game card sirna tiba-tiba.
“Didi!!!”
Entah dari mana muncul Kak Eton lalu menarik telinga Didi.
“Kau curi skirt akak ya?”
“Aduh, sakitlah.. Didi pinjam je, nak buat main”
“Kau lelaki, mana boleh pakai skirt. Tengok, habis kotor skirt akak kena tanah. Kau ni pendek, kain akak ni labuh. Kotorlah kain akak. Jom balik. Akak nak report kat mak!”
“Tak nak, tak nak. Nanti mak marah.”
“Balik!”
Kak Eton sudah menarik tangan Didi. Hanisah masih kaku berdiri. Dia terkejut dengan adegan dua beradik itu. Dia berazam tidak mahu memakai skirt. Oh Didi..kasihan kau.
Friday, October 14, 2011
Jiwa Lara

Owh saya tiada jiwa beberapa hari kebelakangan ini..
Di manakah jiwa saya?
Puas saya mencari..
Puas saya menyelongkar..
Tapi jiwa saya masih bersembunyi..
Masih menunggu waktu yang sesuai untuk muncul barangkali..
Kata orang, cari puncanya, kemudian fikirkan penyelesaiannya
Ah..terasa malas nak berfikir..
Kemudian terasa malas hendak sambung mencari jiwa saya semula..
ok abaikan! bila nak selesai ntah..
Thursday, October 6, 2011
Qurban for Life Muslim Aid

Saya baru tersedar yang Hari Raya Qurban bakal menjelang..Itu pun disebabkan emak yang sering menonton panduan menunaikan haji di TV.
Tahukah anda ada pihak yang boleh melaksanakan ibadah Qurban yang anda niatkan dengan harga semurah RM380. Cukup-cukup murah bagi harga seekor kambing biri-biri, penyembelihan, proses masakan, pengetinan, penghantaran dan pengagihan.
Siapa yang mendapat manfaatnya??
Pada tahun 2011, mereka yang mendapat bantuan makanan (daging Qurban dalam tin) dari program Q4L 2010 ini ialah:
# mangsa gempa bumi Pakistan
# golongan kebuluran di Sudan dan Somalia
# mangsa banjir Yaman dan mangsa perang di Gaza
# anak-anak yatim dan golongan miskin dan susah di Malaysia
Bagaimana perlaksanaannya?
Dalam melaksanakan program Q4L ini, anda mendapat jaminan bahawa syarat-syarat sah qurban dipenuhi mengikut hukum syara'
- Kami melaksanakan penyembelihan pada hari yang ditetapkan semasa EidilAdha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)
- Penyembelihan dilakukan dipusat-pusat yang bertauliah dan diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
- Binatang peliharaan juga adalah yang terpilih khas untuk qurban
(copy semata-mata dari http://www.qurbanforlife.com/)
Kenapa ditinkan?
# Supaya dapat tahan lama dan mudah diagihkan terutamanya di tempat2 yang dilanda bencana.
# Dapat mengelak dari pembaziran
Berapa 1 bahagian?
RM380
Bagaimana hendak sertai?
1. Datang sendiri ke pejabat Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
2. Melalui kiriman wang pos
3. Deposit langsung (atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia)
CIMB - 1422-0000070-10-8
(sila pos atau faks, borang slip ke 03-22881966)
4. GIRO Antara Bank
5. Kad Kredit / Online
Visa dan Mastercard
6. Sukarelawan Bertauliah Q4L
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
8-1-2 Menara Mutiara Bangsar,
Jalan Liku, 59100
Kuala Lumpur
Tel: 03-2288 1996, 03-2282 1996
Fax: 03-2288 1966
atau boleh klik gambar di bawah
Wednesday, October 5, 2011
Kasih
Rakan: Aku sudah putus dengan boyfriend
Saya: Oh ya?
Setelah beberapa kali mengikuti perkembangan cintanya, sedikit sebanyak perjalanan cinta mereka. Buah hatinya ops..Bekas buah hatinya menyambung pelajaran di salah sebuah universiti di Sabah. Itu pun atas usaha rakan saya ini. Boleh dikatakan rakan saya yang banyak merancang masa depan mereka..Dengan kelulusan degree, diharap ibubapa pihak perempuan dapat menerima bakal menantu sekaligus dapat membina kehidupan yang lebih baik kelak.
Dipendekkan cerita, barangkali pihak lelaki merasa dirinya dikawal. Mungkin tercabar keegoan seorang lelaki apabila bakal isterinya yang memegang tampuk pemerintahan keluarga kelak.
Agak lama si lelaki menyepi dan akhirnya kata-kata perpisahan yang dihantar melalui sms. Memang pedih apabila putus cinta. Pihak perempuan sememangnya amat terasa, almaklumlah kaum yang sensitif..hehe (bukan saya menidakkan kesensitifan lelaki dalam hal percintaan, tapi lelaki lebih rasional berbanding perempuan).
Terdengar keluhan dari mulut si rakan.
'Aku abaikan kasih sayang yang telah orang beri pada aku. Kini tiada kasih untuk aku. Aku terlalu tegas dan mendesak barangkali.'
Ayat-ayat ini menyentak hati saya..teringat kisah-kisah lama. Akan tiadakah kasih untuk saya? Oh ngeri bila membayangkannya.
Monday, October 3, 2011
Cara senang utk dptkan pahala walaupun slps mati

Cara senang utk dptkan pahala walaupun slps mati
# Pasang kipas di surau/masjid wlaupun 1 , setiap kali org guna , anda dpt pahala walau slps mati .
# Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali psakit guna , anda akn dpt pahala .
# Beri baju kpd org , setiap kali org pakai , anda dpt pahala .
# Beri makanan kpd org , anda dpt pahala selagi makanan itu mnjadi darah dagingnya .
# Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada .
# Kongsi mesej ini kpd orang ramai . Wlaupun 1 tolong kongsikan kpd org , anda akn dpt pahala sbb anda telah brdakwah utk sampaikan ilmu
credit to Azhar Mohamed
Thursday, September 22, 2011
Seriously, saya sudah tua untuk dingurat.Pengsan!!
“Eh hai..!” Kelihatan dua orang budak muda (pastinya lelaki) melaung dari bawah pokok di hujung taman.
Saya teruskan perjalanan tanpa menjawab. Takkan saya nak melaung ‘haiiii’ juga. Tak manis dipandang bakal mentua nanti..(Pengsan)... Seriously, itulah cara saya apabila diusik sejak zaman persekolahan lagi.
“Hai nak pergi mana?..Haiii..Hai..”
“Peeeweeet!” inilah yang dilaung-laungkan. Apa yang saya perlu buat? Buat bodo saja lah...
“Sombong sioooot!!balablabla.......” Entah apa lagi yang dicarutnya saya sudah tidak dengar dan tidak mahu dengar.
Seriously, saya ingin men’tarbiah’ adik-adik yang melepak di bawah pokok itu. Dik, lebih baik kau balik rumah tolong mak apa yang patut. Eh ini cara lama.. Jadi bagaimana hendak mentarbiah mereka? Entah sudah lepas SPM ke belum adik-adik yang mengurat saya tadi (Pengsan kerana perasan!)
Anak-anak yang masih di sekolah rendah memerlukan didikan melalui pendekatan kognitif (maaf jika saya silap). Pada tahap umur begini mereka mudah dibentuk dan mendengar nasihat. Pada tahap umur belasan tahun seperti adik-adik yang mengurat saya tadi (pengsan lagi!), mereka lebih memerlukan pendekatan emosi. Ibu bapa dan orang dewasa (ya, saya gagal memain peranan sebagai orang dewasa tadi dan saya menyesal!) perlu bijak mendekati mereka melalui psikologi kerana mereka sudah boleh berfikir akan pro dan kontra . Cuma mereka sering dikaburi dengan emosi. Jadi tidak hairanlah pada umur begini mereka lebih cenderung untuk menarik perhatian. Ada pendapat mengatakan pada umur begini mereka berada di era pertengahan. Mereka sering berasa keliru antara era kanak-kanak dan dewasa. Inilah peralihan normal yang pasti berlaku dalam setiap individu. InsyaAllah saya akan cuba pastikan bakal anak-anak saya nanti (InsyaAllah) sentiasa mendapat bimbingan dan sokongan dari ibubapanya..Aminnn..
Sekian tarbiah untuk hari ini.

